Paung goreng di Terengganu sering menjadi rebutan ramai ketika di waktu
pagi. Kebanyakan masyarakat sanggup beratur panjang semata mata mahu membeli
dan merasai kerangupan paung yang digoreng bersama didalamnya inti ikan kisar yang
segar.
Di kawasan saya di kampung losong yang berhampiran dengan pasar Chabang
Tiga, ada menjual paung goreng ini sebagai juadah sarapan kuih muih dipagi
hari. Peniaga paung goreng ini sanggup datang awal untuk menjual paung ini seawall
jam 6 pagi semata-mata untuk memenuhi citarasa dan kehendak pelanggan. Setakat saya
tinggal di Terengganu, tiada tempat lain lagi yang saya ketemui selain pasar di
pasar Chabang Tiga ini yang menjual paung goreng yang mana bagi saya yang
paling rangup dan enak untuk memakannya. Saya pernah pergi ke pasar ini pada
jam 8 pagi untuk membeli paung goreng ini, namun sesampainya saya disana, paung
goreng habis dijual dan saya diberitahu masa saya datang oleh penjual bahawa
sudah habis
dua talam puang goreng yang dijual seawal jam 8 pagi ini.
Rasanya yang enak dan rasa inti ikan yang manis sedikit telah menarik
minat ramai masyarakat Terengganu untuk memakannya. Paung goreng
Terengganu ini berbeza dengan negeri-negeri lain kerana di negeri-negeri lain
setahu saya, paungnya berintikan kacang dan kelapa dan ditabur bijan diatasnya,
rasanya juga jauh berbeza dengan paung goreng Terengganu ini. dan ianya dijual pada harga RM0.25 sebiji.
No comments:
Post a Comment