Sunday, 13 May 2012

Jala Emas





Anda pernah mendengar jala emas tak sebelum ni? Bagi rakyat luar Terengganu, korang mesti tak tahu apa itu jala emas. Jala emas ini merupakan sejenis kuih yang berwarna kuning yang berbentuk seperti mee atau jaluran meggi yang lembut diurai dalam air gula yang panas. Kuih ini diperbuat daripada telur kuning dan proses-proses untuk membuatnya amat cerewet sedikit. Kuih ini biasanya dijadikan salah satu hantaran dihari perkahwinan.

Setahu saya, terdapat juga bentuk seakan jala emas ini di luar Negeri Terengganu ini iaitu roti jala yang mana ianya dicicah bersama kuah kari. Manakala kuih jala emas ini tidak memerlukan kuah kerana rasanya yang sudah manis dan boleh dimakan begitu sahaja. Saya pernah merasainya sendiri ternyata ianya sesedap yang saya sangka. Rasanya yang manis dan terasa cukup lemak telur kuningnya dan enak untuk dijadikan makanan pencuci mulut.

Cara-cara untuk membuatnya ialah kamu mesti tapis telur kuning sahaja dan pukul sedikit telur itu, kemudian masak gula bersama air sehingga larut dan mendidih dan tapis serta masak bersama daun pandan sehingga pekat sedikit. Seterusnya apabila air mendidih dan berbuih halus, uraikan atau pusing keliling periuk telur kuning dengan corong daun pisang ke dalam air gula tersebut. Angkat dan toskan kemudian kamu kiraikan urat emas di atas pinggan dengan menggunakan dua sudu garfu. Kemudian hidangkan.


No comments:

Post a Comment