Sunday, 13 May 2012

Ketupat Sotong





Ketupat sotong sering menjadi sebutan masyarakat Terengganu untuk memakannya ketika tiba musim mencadat sotong. Waktu sesuai untuk mencadat sotong ketika bulan mengambang penuh kerana sotong akan naik ke permukaan air bila permukaan laut cerah. Ketika ini juga ramai nelayan yang turun ke laut bagi mencadat sotong, yang mana mereka sanggup bermalam di laut yang sejuk dan berangin semata-mata ingin membawa hasil yang lumayan (sotong) untuk dijual dan dibuat makanan seperti ketupat sotong.

Saya suka dan juga minat dengan ketupat sotong ini. Ianya sesuatu makanan yang unik bagi saya kerana saya tidak pernah terpikir terdapat juga makanan yang boleh disumbat sesuatu didalamnya sama seperti ketupat sotong ini iaitu pulut disumbat dalam sotong. Rasanya yang begitu lemak sesuai dengan kuahnya yang dimasak menggunakan santan.

Makanan ini juga ada dijual di restoran-restoran di sekitar Kuala Terengganu walaupun bukan pada musim mencadat sotong pun. Tentang harganya saya belum pasti kerana kebiasaannya saya makan bersama keluarga dan ayah saya yang bayarkan, saya rasa harganya tidaklah mahal sangat pun,mungkin berpatutan dengan kos membuat ketupat sotong ini. Kebiasaanya, ketupat sotong ini dimakan bersama nasi putih. Jadi, tidak hairanlah ramai yang datang ke Terengganu untuk mencuba ketupat sotong ini. Saya nak bagitau lebih-lebih pun takut orang tak percaya, nak tahu sedap atau tidak, anda harus merasainya sendiri. Saya yakin anda tidak akan menyesal makan ketupat sotong ini.

Disini saya sertakan cara untuk membuatnya. Pertama, kamu tanakkan beras puluh, setelah masak biarkan sampai sejuk. Kemudian kamu masukkan pulut dalam anggaran ¾ penuh ke dalam sotong yang telah dibersihkan. Selepas itu, kamu gunakan lidi untuk mengemas hujung sotong. Kemudian, santan dicampur halba, halia, bawang merah dan garam. Seterusnya masukkan yang telah siap ke dalam periuk. Api hendaklah dikecilkan supaya santan tidak naik kepala.

No comments:

Post a Comment