Thursday 10 May 2012

Paung Goreng





Paung goreng di Terengganu sering menjadi rebutan ramai ketika di waktu pagi. Kebanyakan masyarakat sanggup beratur panjang semata mata mahu membeli dan merasai kerangupan paung yang digoreng bersama didalamnya inti ikan kisar yang segar.

Di kawasan saya di kampung losong yang berhampiran dengan pasar Chabang Tiga, ada menjual paung goreng ini sebagai juadah sarapan kuih muih dipagi hari. Peniaga paung goreng ini sanggup datang awal untuk menjual paung ini seawall jam 6 pagi semata-mata untuk memenuhi citarasa dan kehendak pelanggan. Setakat saya tinggal di Terengganu, tiada tempat lain lagi yang saya ketemui selain pasar di pasar Chabang Tiga ini yang menjual paung goreng yang mana bagi saya yang paling rangup dan enak untuk memakannya. Saya pernah pergi ke pasar ini pada jam 8 pagi untuk membeli paung goreng ini, namun sesampainya saya disana, paung goreng habis dijual dan saya diberitahu masa saya datang oleh penjual bahawa sudah habis 
dua talam puang goreng yang dijual seawal jam 8 pagi ini.

Rasanya yang enak dan rasa inti ikan yang manis sedikit telah menarik minat ramai masyarakat Terengganu untuk memakannya. Paung goreng Terengganu ini berbeza dengan negeri-negeri lain kerana di negeri-negeri lain setahu saya, paungnya berintikan kacang dan kelapa dan ditabur bijan diatasnya, rasanya juga jauh berbeza dengan paung goreng Terengganu ini. dan ianya dijual pada harga RM0.25 sebiji.

No comments:

Post a Comment