Sunday 13 May 2012

Otak-Otak Terengganu



Anda sume mesti pernah dengarkan otak-otak? Di Terengganu juga makanan ini popular dan ianya menjadi kebiasaan bagi rakyat Terengganu membelinya di tepi-tepi jalan. Pembuatannya sama dengan sata Terengganu yang mana ianya akan dipanggang diatas bara api. Tapi, otak-otak ini lagi banyak menggunakan isi ikan berbanding sata dan sedikit pedas.


Saya juga suka makan otak-otak ni. Rasanya seakan akan kita makan ikan bersama kelapa parut yang sedikit pedas. Ianya terdapat di pasar2 malam dan juga  dijual ditepi jalan. Kalu korang nak tahu apa beza otak-otak Terengganu dengan otak-otak ditempat korang, korang leh la datang ke Terengganu untuk mencubanya.


Harganya sekarang RM0.50 satu,  tak tahulah tempat korang bpe.. tapi tak apa, kita tak payah kedekut untuk keluarkan duit untuk makan kerana nikmat makan ni memang anugerah dari ALLAH yang Maha Pemberi Rezeki..



  

Ikan Celup Tepung (ICT)



Memang xsah kalu korang datang ke Terengganu kalu xsinggah la kejap tuk rasa ikan celup tepung ini kerana ia sangat popular di kawasan pantai Terengganu seperti di pantai Kelulut, Marang dan pantai Teluk Ketapang di Kuala Terengganu. Lokasinya yang dekat dengan pantai, membolehkan pengusaha dan peniaga makanan ini mudah untuk mendapatkan hasil laut yang segar terus dari nelayan.
Ikan celup tepung ni ianya dicelup dengan tepung macam tepung goreng pisang. Rasa asli ikannya tetap kekal walaupun dicelup dengan tepung. Kebiasaannya di kedai-kedai makan Terengganu bukan hanya menjual ikan celup tepung tetapi mereka juga menjual juga aneka makanan laut seperti udang dan sotong serta ikan pari celop tepung. Ikan celup tepung ini bukan sekadar menjdai tarikan masyarakat tempatan sahaja, tetapi setiap kali saya pergi makan makanan ini, kelihatan warga2 asing turut menjamu selera bersama2 mereka. Gabungan yang sesuai ikan yang dicicah dengan sos cili ataupun ditempat saya orang panggil “lada kepok”.





Harganya mengikut sepinggan yang kita ambil. Makanan ini sangat sesuai dimakan tuk bersantai bersama teman2 dan keluarga. Boleh dikatakan tiap2 hari, kedai-kedai makan ikan celup tepung dipenuhi ramai pelanggan.  Rugi kalu korang tak rasa ikan celup tepung ini, bagi saya memang best tau.





Keropok Lekor



http://www.youtube.com/watch?v=FCs7ZbBqFug

Keropok lekor merupakan satu daya tarikan pelancong ke negeri Terengganu. Ianya sentiasa mendapat tempat di hati pelancong dalam dan luar negara yang berkesempatan untuk menjamah keunikan rasa makanan ini.  setiap kali cuti am ataupun hari-hari biasa, permintaan makanan ini tidak pernah lengang daripada orang luar dan rakyat tempatan sendiri.

Saya tinggal di salah satu tempat popular penghasilan dan penjualan keropok lekor iaitu kampung losong. Boleh dikatakan setiap hari saya akan merasai keropok lekor ini bersama-sama ahli keluarga. Kerangupan dan kelembutan isinya yang digoreng telah membuatkan kami sekeluarga tidak jemu dan tidak muak memakannya walaupun setiap hari. 









Makanan ini diperbuat dari isi ikan, tepung dan kanji akan diuli dan dibentuk mengikut saiz yang dikehendaki. Keropok yang siap diuli akan direbus sehingga masak.  Makanan ini mempunyai tiga bentuk yang berbeza iaitu pada saiz kecil yang hanya berharga RM0.20 untuk sebatang, saiz sederhana pada harga RM0.50 sebatang dan saiz besar pada harga RM1.00 sebatang. 

Keropok lekor ini juga boleh didapati dalam 2 jenis iaitu keropok lekor rebus, keropok lekor goreng dan keropok keping. Untuk yang goreng dan rebus hanya dijual pada saiz yang kecil dan biasa, manakala bagi keropok lekor rebus, anda boleh mendapatkannya dalam 3 saiz yang berbeza.

Pelanggan boleh membuat pilihan samaada mahukan keropok yang direbus masak ataupun yang siap digoreng. Pengalaman saya sebagai rakyat Terengganu yang sudah sebati dengan keropok lekor ini, kebanyakan penduduk luar negeri Terengganu ragu-ragu untuk makan keropok ini dalam keadaan rebus kerana mereka hanya mengetahui keropok lekor hanyalah yang siap digoreng sahaja. Untuk diet yang sihat, keropok lekor rebus ini mempunyai tahap keolestrol yang rendah malah lebih enak rasanya berbanding keropok lekor yang goreng.

Untuk perjalanan yang jauh, saya sarankan kepada anda untuk membeli yang rebus dan jenis yang terbaru sekarang ialah separa goreng kerana ianya tahan lama dan tidak mudah rosak, dan anda harus menyimpan keropok lekor ini di tempat yang sejuk seperti peti ais untuk menyimpannya  dalam jangka masa yang lama. Makanan ini boleh didpati di setiap daerah di negeri Terengganu dari Kemaman hinggalah ke Besut.


Jala Emas





Anda pernah mendengar jala emas tak sebelum ni? Bagi rakyat luar Terengganu, korang mesti tak tahu apa itu jala emas. Jala emas ini merupakan sejenis kuih yang berwarna kuning yang berbentuk seperti mee atau jaluran meggi yang lembut diurai dalam air gula yang panas. Kuih ini diperbuat daripada telur kuning dan proses-proses untuk membuatnya amat cerewet sedikit. Kuih ini biasanya dijadikan salah satu hantaran dihari perkahwinan.

Setahu saya, terdapat juga bentuk seakan jala emas ini di luar Negeri Terengganu ini iaitu roti jala yang mana ianya dicicah bersama kuah kari. Manakala kuih jala emas ini tidak memerlukan kuah kerana rasanya yang sudah manis dan boleh dimakan begitu sahaja. Saya pernah merasainya sendiri ternyata ianya sesedap yang saya sangka. Rasanya yang manis dan terasa cukup lemak telur kuningnya dan enak untuk dijadikan makanan pencuci mulut.

Cara-cara untuk membuatnya ialah kamu mesti tapis telur kuning sahaja dan pukul sedikit telur itu, kemudian masak gula bersama air sehingga larut dan mendidih dan tapis serta masak bersama daun pandan sehingga pekat sedikit. Seterusnya apabila air mendidih dan berbuih halus, uraikan atau pusing keliling periuk telur kuning dengan corong daun pisang ke dalam air gula tersebut. Angkat dan toskan kemudian kamu kiraikan urat emas di atas pinggan dengan menggunakan dua sudu garfu. Kemudian hidangkan.


Ketupat Sotong





Ketupat sotong sering menjadi sebutan masyarakat Terengganu untuk memakannya ketika tiba musim mencadat sotong. Waktu sesuai untuk mencadat sotong ketika bulan mengambang penuh kerana sotong akan naik ke permukaan air bila permukaan laut cerah. Ketika ini juga ramai nelayan yang turun ke laut bagi mencadat sotong, yang mana mereka sanggup bermalam di laut yang sejuk dan berangin semata-mata ingin membawa hasil yang lumayan (sotong) untuk dijual dan dibuat makanan seperti ketupat sotong.

Saya suka dan juga minat dengan ketupat sotong ini. Ianya sesuatu makanan yang unik bagi saya kerana saya tidak pernah terpikir terdapat juga makanan yang boleh disumbat sesuatu didalamnya sama seperti ketupat sotong ini iaitu pulut disumbat dalam sotong. Rasanya yang begitu lemak sesuai dengan kuahnya yang dimasak menggunakan santan.

Makanan ini juga ada dijual di restoran-restoran di sekitar Kuala Terengganu walaupun bukan pada musim mencadat sotong pun. Tentang harganya saya belum pasti kerana kebiasaannya saya makan bersama keluarga dan ayah saya yang bayarkan, saya rasa harganya tidaklah mahal sangat pun,mungkin berpatutan dengan kos membuat ketupat sotong ini. Kebiasaanya, ketupat sotong ini dimakan bersama nasi putih. Jadi, tidak hairanlah ramai yang datang ke Terengganu untuk mencuba ketupat sotong ini. Saya nak bagitau lebih-lebih pun takut orang tak percaya, nak tahu sedap atau tidak, anda harus merasainya sendiri. Saya yakin anda tidak akan menyesal makan ketupat sotong ini.

Disini saya sertakan cara untuk membuatnya. Pertama, kamu tanakkan beras puluh, setelah masak biarkan sampai sejuk. Kemudian kamu masukkan pulut dalam anggaran ¾ penuh ke dalam sotong yang telah dibersihkan. Selepas itu, kamu gunakan lidi untuk mengemas hujung sotong. Kemudian, santan dicampur halba, halia, bawang merah dan garam. Seterusnya masukkan yang telah siap ke dalam periuk. Api hendaklah dikecilkan supaya santan tidak naik kepala.

Thursday 10 May 2012

Paung Goreng





Paung goreng di Terengganu sering menjadi rebutan ramai ketika di waktu pagi. Kebanyakan masyarakat sanggup beratur panjang semata mata mahu membeli dan merasai kerangupan paung yang digoreng bersama didalamnya inti ikan kisar yang segar.

Di kawasan saya di kampung losong yang berhampiran dengan pasar Chabang Tiga, ada menjual paung goreng ini sebagai juadah sarapan kuih muih dipagi hari. Peniaga paung goreng ini sanggup datang awal untuk menjual paung ini seawall jam 6 pagi semata-mata untuk memenuhi citarasa dan kehendak pelanggan. Setakat saya tinggal di Terengganu, tiada tempat lain lagi yang saya ketemui selain pasar di pasar Chabang Tiga ini yang menjual paung goreng yang mana bagi saya yang paling rangup dan enak untuk memakannya. Saya pernah pergi ke pasar ini pada jam 8 pagi untuk membeli paung goreng ini, namun sesampainya saya disana, paung goreng habis dijual dan saya diberitahu masa saya datang oleh penjual bahawa sudah habis 
dua talam puang goreng yang dijual seawal jam 8 pagi ini.

Rasanya yang enak dan rasa inti ikan yang manis sedikit telah menarik minat ramai masyarakat Terengganu untuk memakannya. Paung goreng Terengganu ini berbeza dengan negeri-negeri lain kerana di negeri-negeri lain setahu saya, paungnya berintikan kacang dan kelapa dan ditabur bijan diatasnya, rasanya juga jauh berbeza dengan paung goreng Terengganu ini. dan ianya dijual pada harga RM0.25 sebiji.