Sunday 13 May 2012

Keropok Lekor



http://www.youtube.com/watch?v=FCs7ZbBqFug

Keropok lekor merupakan satu daya tarikan pelancong ke negeri Terengganu. Ianya sentiasa mendapat tempat di hati pelancong dalam dan luar negara yang berkesempatan untuk menjamah keunikan rasa makanan ini.  setiap kali cuti am ataupun hari-hari biasa, permintaan makanan ini tidak pernah lengang daripada orang luar dan rakyat tempatan sendiri.

Saya tinggal di salah satu tempat popular penghasilan dan penjualan keropok lekor iaitu kampung losong. Boleh dikatakan setiap hari saya akan merasai keropok lekor ini bersama-sama ahli keluarga. Kerangupan dan kelembutan isinya yang digoreng telah membuatkan kami sekeluarga tidak jemu dan tidak muak memakannya walaupun setiap hari. 









Makanan ini diperbuat dari isi ikan, tepung dan kanji akan diuli dan dibentuk mengikut saiz yang dikehendaki. Keropok yang siap diuli akan direbus sehingga masak.  Makanan ini mempunyai tiga bentuk yang berbeza iaitu pada saiz kecil yang hanya berharga RM0.20 untuk sebatang, saiz sederhana pada harga RM0.50 sebatang dan saiz besar pada harga RM1.00 sebatang. 

Keropok lekor ini juga boleh didapati dalam 2 jenis iaitu keropok lekor rebus, keropok lekor goreng dan keropok keping. Untuk yang goreng dan rebus hanya dijual pada saiz yang kecil dan biasa, manakala bagi keropok lekor rebus, anda boleh mendapatkannya dalam 3 saiz yang berbeza.

Pelanggan boleh membuat pilihan samaada mahukan keropok yang direbus masak ataupun yang siap digoreng. Pengalaman saya sebagai rakyat Terengganu yang sudah sebati dengan keropok lekor ini, kebanyakan penduduk luar negeri Terengganu ragu-ragu untuk makan keropok ini dalam keadaan rebus kerana mereka hanya mengetahui keropok lekor hanyalah yang siap digoreng sahaja. Untuk diet yang sihat, keropok lekor rebus ini mempunyai tahap keolestrol yang rendah malah lebih enak rasanya berbanding keropok lekor yang goreng.

Untuk perjalanan yang jauh, saya sarankan kepada anda untuk membeli yang rebus dan jenis yang terbaru sekarang ialah separa goreng kerana ianya tahan lama dan tidak mudah rosak, dan anda harus menyimpan keropok lekor ini di tempat yang sejuk seperti peti ais untuk menyimpannya  dalam jangka masa yang lama. Makanan ini boleh didpati di setiap daerah di negeri Terengganu dari Kemaman hinggalah ke Besut.


No comments:

Post a Comment