Nasi
dagang amat terkenal di Negeri Terengganu dan Kelantan. Ia biasanya dijadikan
hidangan istimewa bagi majlis tertentu atau hidangan di pagi hari raya. Nasi
dagang diperbuat daripada campuran beras pulut dan beras biasa. Ia dimakan
bersama gulai ikan tongkol atau di Negeri Terengganu dan Kelantan, dipanggil
ikan aya.
Perbezaan
nasi dagang di Negeri Terengganu dengan Kelantan ialah penyediaannya, iaitu
nasi dagang Terengganu berwarna putih manakala bagi Kelantan pula berwarna
coklat. Nasi dagang ini tidak sempurna tanpa kuah ikan tongkol serta acar timun
dan ianya dihidangkan bersama daun pisang bagi menaikkan aroma daun pisang
tersebut sebati dengan nasi.
Saya selalu makan nasi dagang ini ketika sarapan. Cuti semester baru-baru ni, kawan-kawan saya yang tinggal diluar Terengganu sanggup datang ke Terengganu demi untuk merasai sendiri nasi dagang yang (original). Selepas saya cadangkan tempat untuk merasai nasi dagang ini, mereka begitu teruja dan memuji tentang keenakan nasi dagang tersebut yang sangat sesuai digabungkan dengan kuah ikan tongkol yang sedikit manis. Bagi saya harganya berpatutan iaitu RM2.50 sebungkus ataupun sepinggan.
Cara-cara
Membuat Nasi Dagang:
Beras
dan beras pulut yang telah direndam selama 6 jam ditoskan dan kemudian dikukus
selama 1/2 jam. Angkat dan masukkan santan cair serta digaul rata dan dikukus
sekali lagi hingga masak. Angkat dan masukkan santan pekat, alba, bawang merah,
halia dan garam secukup rasa. Bahan-bahan ini kemudiannya digaul rata. Nasi
Dagang Terengganu sudah siap dimasak dan sedia dimakan.
Cara-cara Membuat Kuah Nasi Dagang Terengganu:
Kacau
santan hingga mendidih. Kemudian masukkan cili giling, bahan-bahan yang
dikisar, rempah dan asam keping. Kemudian, masukkan ikan yang telah dikukus
serta cili padi. Biarkan ia mendidih dengan api yang perlahan. Kemudian,masukkan
garam,perasa Ajinomoto dan manisan secukup rasa.Biarkan kuah itu menjadi agak
pekat. Kemudian, kuah sedia dimakan bersama-sama dengan Nasi Dagang Terengganu.
Nasi
dagang memerlukan penetilian sepenuhnya terhadap bahan-bahan yang digunakan
kerana kesilapan cara untuk memasak nasi dan membuat kuahnya akan menyebabkan nasi
dagang cepat basi dan tidak sedap untuk dimakan. Anda perlu mencubanya sendiri rasa sebenar nasi
dagang Terengganu kerana rasanya yang unik dan enak dan sesuai dimakan ketika
anda datang besantai di negeri Terengganu ini.
No comments:
Post a Comment