Dodol daun palas Terengganu amat digemari ramai oleh masyarakat terutamanya rakyat Terengganu. Di semua pasar seluruh Terengganu terdapat jualan dodol ini. Ianya boleh didapati dalam bungkusan beg plastik dan kebiasaanya dijual RM5.00 untuk 3 pek.
Saya yang tinggal di Negeri Terengganu pun jarang berjumpa makanan ini kerana pada zaman sekarang pembuatannya semakin hari semakin berkurangan. Namun begitu, rasa kemanisan makanan ini tetap diingati oleh rakyat Terengganu walaupun buat masa sekarang sukar untuk memperolehinya.Saya juga jarang merasai makanan seperti dodol daun palas ini sejak merantau di negeri orang.
Ianya diperbuat dari adunan tepung beras, santan, manisan atau gula yang dibuat secara tradisional oleh penduduk kampung. Ianya juga mengambil masa 6 atau 8 jam untuk masak secara sempurna. Rasanya sangat manis dan enak sesuai dengan aroma daun palas yang pasti memberi pengalaman baru kepada masyarakat untuk merasakannya. Berbeza dengan dodol dari Kelantan yang dibungkus dengan saiz yang lebih besar dan keunikan dodol Terengganu dibungkus dalam beg plastik menjadikan ianya sering diingati masyarakat.
Dodol ini sangat terkenal di daerah Marang yang merupakan salah satu daerah di negeri Terengganu. Jika anda datang ke Terengganu,singgahlah sekejap ke pasar Kedai Payang untuk membeli dodol ini.
No comments:
Post a Comment